Assalamua'laikum,
Sahabat se batch koleq9094 sekalian,
Anda dijemput (yang berkeluarga, di jemput keluarganya sekali) ke Majlis Aqiqah putera sulung saya Shabil Harraz (yang sudah di clamp, alhamdulillah) pada :
Tarikh :3 Zulhijjah, bersamaan 24 Disember
Masa: Pukul 2 petang.
Tempat : 107 Jalan Sanggul 7, Bandar Puteri , Klang (bersebelahan KESAS Hiway) Objektif : Majlis Makan Aqiqah dan Nak kenalkan kawasan dan rumah kami sekeluarga bermastautin.
Kehadiran anda AMAT-AMAT lah dialu-alukan. Last korang beramai2 datang rumah aku is 6 Jan 2002 (itu rumah bapak aku)
Acara :
1. Doa Kesyukuran atas kelahiran dan kesejahteraan anak dan untuk keluarga - dalam 5 minit, bergantung pada Tuan Imam
2. Doa Makan - dalam 30 saat bergantung pada Tuan Imam
3. Makaaaaaaaaaaaaaaaan - duration tidak bergantung pada Tuan Imam, tetapi bergantung kepada perut masing2 dan makanan di dalam kawah.
Penunjuk arah jalan:
1. Ikut KESAS Hi way, dari KL menghala ke West Port, Jumpa Kota Kemuning, JANGAN masuk, terus lagi, sampai jumpa TOL KEMUNING bayar RM1.50 - (1st Jan dah RM 2.20-giler!!!)
2. Lepas tol amik exit kedua, (Klang/Banting). Naik flyover.
3. Then amik kanan and turun balik flyover tu ( arah ke KL semula - the same KESAS hi way)
4. Exit Bandar Puteri dalam 500 - 1000mtr (belah kiri)
5. Then jumpa r/about, ambik kanan (pukul 3)
6. Ada 7 eleven belah kanan, terus lagi
7. 2nd simpang belah kanan masuk, then amik kiri.
8. Rumah ke 4 dari hujung. (ada khemah) - 107 Jalan Sanggul 7
Ada soalan, jgn malu bertanya agar tidak sesat dan menyesatkan