Wednesday, December 12, 2007

JEMPUTAN MAJLIS KERJA KAHWIN SHARAP

SMS drp sharap

"Maaf ganggu.Mohon sms alamat.Ingin menjemput ke Majlis Perkahwinan 29 Dis ini di No.1, Lorong 75, Perkampungan Sri Setongkol,25200 Kuantan".

Jadi, sesapa yang nak pegi or nak kad, boleh bagitau alamat korang kat aku atau sms terus kat sharap di nombor 0192818397.

Thursday, December 06, 2007

PERISYTIHARAN SUKANTARA 2008

Saya, setelah diperkenankan oleh AJK-AJK Reunion yang melantik diri sendiri tanpa persetujuan sesiapa pun, dengan ini mengisytiharkan bahawa Reunion Sukantara bagi tahun 2008 akan jatuh pada hari Sabtu dan Ahad, 2 and 3 Februari 2008 bertempat di Kuala Kangsar dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Bayaran yang telah dipersetujui adalah sebanyak RM170 seorang iaitu RM20 lebih berbanding pengisytiharan dalam tahun 2004 dahulu, bagi mengambil kira perkara-perkara berikut:

- tambahan kemeja T mengikut rumah sukan masing-masing untuk dipakai semasa acara-acara balapan;
- kemeja T untuk dipakai semasa majlis makan malam
- anugerah Khidmat Lama (Long Service Award) kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat tetapi haram pernah diberi apa-apa oleh sesiapa pun (tidak lah kita mahu peristiwa En Tan Gim Hoe berulang kembali iaitu selepas beliau bersara barulah serata alam menangisi dan memuji2 beliau, tetapi itu hanya setakat di dalam e-mail semara-mata)

Jika diambil kira peningkatan inflasi yang terlampau tinggi sejak tahun 2004, bayaran RM170 ini sebenarnya adalah sangat murah dan lebih murah dari bayaran yang dibuat dalam tahun 2004, maka AJK Lantikan Sendiri merasakan mungkin perlukan sebarang bantuan kewangan, terutamanya dari taukeh-taukeh besar yang menjual kapal terbang.

AJK Lantikan Sendiri juga ingin mengisytiharkan bahawa bayaran tambahan kepada pasangan yang dibawa sama ada secara sah atau tidak, tanpa mengira jantina dan umur, adalah sebanyak RM20 seorang bagi makan malam semata-mata. AJK Lantikan sendiri juga bersetuju bahawa ketetapan 4 orang isteri yang sah tidak perlu digunapakai kali ini, makan bolehlah saudara-saudara membawa seberapa banyak pasangan asalkan mereka tidak lah seburuk mana. Urusan penginapan bagi pasangan bolehlah diuruskan dengan Saudara M Nadzrie Azhar Sang Maharaja Boroi Kaki Penyanyi Malam (MNASMBKPM).

Oleh kerana kita tidak perlu melihat bulan, maka sahlah tarikh Reunion Sukantara bagi tahun 2008 akan jatuh pada 2 dan 3 Februari 2008, maka Saudara Hafiznizam Hasin akan mula mengejar saudara-saudara untuk mendapat kepastian kehadiran.

Sekian, wassalamualaikum wbth

Kind regards.


TMP

Tuesday, December 04, 2007

MOYANG AUZIR PASSED AWAY

kekawan, aku baru dapat sms dari auzir, yang mengatakan moyangnya baru meninggal dunia dan dia minta aku sampaikan kpd semua.jadi, marilah kita sama sama berdoa semoga Allah mencucuri rohnya dan sama sama menyedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan sama sama merenung kembali arah tuju kehidupan kita yang sementara di atas muka bumi ini - Evil Doc Moto