Monday, April 19, 2010

PYAN@PHILLIP ISLAND


Persaingan bertambah sengit. Pyan menghantar gambarnya di Philip Island.

10 markah untuk rumah Idris.

Sunday, April 18, 2010

WONG@GUNUNG JERAI

Baru-baru saya bekesempatan untuk ke salah satu Gunung yang terpenting di negeri Kedah untuk suatu program bersama-sama belia-belia Kedah, iaitu Gunung Jerai dimana salah satu gunung yang amat penting di dalam sejarah peradaban negeri Kedah. Dikatakan Gunung Jerai disuatu ketika dahulu merupakan titik rujukan bagi pelayar-pelayar yang berlayar untuk berlabuh di negeri Langkasuka ini semenjak kerajaan kuno Lembah Bujang sehinggalah kini menjadi stesen pemancar perhubungan bagi seluruh talian telefon selular bagi penduduk daerah Alor Setar. Ibarat kata, tanpa Gunung Jerai, maka negeri Kedah Darulaman akan lumpuh sama sekali. Dikepilkan gambar 'Yengkoz Wuz Ere' di puncak Gunung Jerai dan dengan ini saya memohon mata penuh diberikan kepada Rumah Mohd Shah diatas usaha gigih ini. Jika permintaan saya tidak dilayan, maka saya tidak punya pilihan lain, melainkan untuk memanggil kumpulan baju kuning untuk memberontak diadakan semula pemilihan tuan presiden... sekian terima kasih


E24 - Membujur Lalu Melintang Patah

Saturday, April 17, 2010

SESI TRAINING BOWLING YENGKOZ

Pada hari jumaat lepas (semalam 16/04/10), dgn berani, chibfriskiestits menyahut cabaran aku utk membaling bola bowling sebagai latihan utk tournament yengkoz'10.

Suri gorie yg mewakili rumah mat shah last2 minit menarik diri sebab meeting kat putrajaya tamat pada sebelah pagi dan epit yg mewakili rumah leman tak dapat nak 'ponteng' sebab tengah sibuk melayan KP, maka sesi latihan hanya dihadiri oleh wakil ahmad dan idris.

Tepat pkul 3ptg, selepas aku puas melantak burger spicy chicken mcdeluxe McD sambil chibix usha awek2 gomen comel lote yg ke hulu ke hilir ponteng kerja, kitorang pun sampai kat bowling centre.

Amatlah mengecewakan sebab lane penuh dgn budak2 SAS tengah tournament, dan waiting list pun penuh, maka aku dgn chibix decide utk tukar tempat ke IOI puchong

tepat pkul 4pm, maka sesi latihan pun bermula dan result seperti berikut :

Bowler idris (mattop) 133 168 164

Bowler ahmad (chibix) 112 122 114

Chibix tak berpuas hati dgn result tu, so dia nak revenge kat alamanda utk sesi training yg kedua. Lagipun, konsentrasi cibix sedikit terganggu dgn jiran perempuan dia yg dok usha kitorang dari 1st game sampai abis...

p/s : Dua2 bowling centre guna lane kayu..

Disediakan oleh: Mattop.