Monday, November 08, 2010

Yengkoz Wuz Ere - Badut@Joburg,SA

Badut nak claim 10 points untuk Yengkoz wuz Ere di Joburg. Tapi tidak pasti untuk Ahmad House atau Rumah Hassan.

10 points.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 07, 2010

MPRO DI KK

Mpro went on a road trip up north during the long weekend Deepa holidays and had this photo taken in front of BS.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 25, 2010

CSR MI

Fellow MI,

Alhamdulillah, kutipan derma MI untuk mangsa kebakaran parents Hasanuddin Class of 98 telah Bobo sampaikan.

Semoga usaha2 begini kita akan teruskan pada masa hadapan.Kepada yang menderma,terima kasih.

Untuk makluman, masa Tsunami '04 dulu kita ada derma collectively as a batch.Derma guna duit keuntungan Pesta Sahur,hahaha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 19, 2010

E-MEL TERBUKA UNTUK Ir. GADAP

Ke hadapan Tuan Jurutera Tersohor Muhd Gadaffi Hussein ,

Setelah lama membaca email email dari pihak tuan, izinkan saya meluahkan rasa tak puas hati saya terhadap tuan.

Saya dah lama tunggu, penat dah tunggu, berpinar dah mata, perut pun dah lapar tapi yang diharapkan tidak juga tiba.

Saya hanya ada satu soalan pada hari ini.

Bilakah tuan akan membuat jamuan besar besaran untuk ahli MI di rumah baru tuan di Kota Damansara yang kini bernilai RM 1.14juta yg gambarnya dikepilkan ?

Harap pihak tuan dapat memberi jawapan yg menggembirakan bagi kami semua dengan kadar yang segera

Sekian.

Sent from my Pillow.


-Dr. Syed Moto-

Thursday, October 14, 2010

QUOTABLE QUOTE

"One thing I learn about running in a race, is that it is a very humbling experience. Ko rasa ko kuat, tapi ada orang lain lagi kuat dari ko."

- Jures,Deputy President KPTC (Kelab Penyokong tegar Chamat)

Tuesday, October 05, 2010

BANJIR BESAR DI KUALA KANGSAR 1993


Gambar ini KNO yang punya!!!

Tuesday, September 28, 2010

PYAN@TIDE REISER, NORWAY



Nama tempat : Preikestolen (Pulpit Rock) - Tide Reiser.


City - Tau

State - Rogaland

Country - Norway
 
"Salam..Tuan AJK markah..Tak kan 10 point je....sampai hari ni sakit2 badan, kaki.. nih...Dah la bahaya..."
 
-Pyan, 10 markah je!!! Dah undang-undangnya begitu...

Thursday, September 02, 2010

Quotable Quote

"Jauh di mata (satu kat KK, satu kat Shah Alam), tak semestinya jauh di hati"

-jawapan Boboe bila ditanya samada dia masih ingat kat brader dia lepas N**** keluar koleq.
Sent from my Celcom BlackBerry®

Business card monoloque

Fellow Mentula Ingens,

Dipaparkan di sini kad bisnes Monoloque untuk tatapan semua yang merindui loque atau kadaq. Kalau nak arrange show,boleh call Loque. Tapi kalau nak arrange blind date dengan Atilia, mungkin boleh hubungi AJK Tonto.
Sent from my Celcom BlackBerry®

ARTIKEL YB NIK NAZMI MENGENAI RAFIZI.

Rafizi Ramli dan agenda generasi reformasi


September 02, 20102 SEPT — Pengumuman rakan lama saya, Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 telah menarik pelbagai reaksi daripada teman-teman anggota Keadilan.

Pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap Rafizi. Pertama, bahawa beliau adalah orang baru. Apabila hujah ini disangkalkan memandangkan beliau terlibat dalam Reformasi sejak hari pertama dan merupakan Exco Pemuda Keadilan 2001-2003, timbul pula persoalan beliau adalan calon dari “atas” dan menidakkan peranan Reformis. Akhir sekali ramai pula membangkitkan mengapa beliau mengundur diri selepas 2003 dan kembali hanya pada 2009.

Soal Rafizi menidakkan peranan Reformis bagi saya tak pernah timbul. Pendirian Rafizi sejak menawarkan dirinya untuk pemilihan Ketua AMK adalah AMK sebagai sayap anak muda parti harus melebarkan sokongan bagi memastikan 4.6 juta pengundi muda menjadi kunci kemenangan Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya.

Kata-kata beliau agar kita keluar dari “sentimentaliti melampau” mengundang kontroversi. Tetapi itu turut peringatan untuk dirinya juga, memandangkan Rafizi terlibat di demonstrasi jalanan sejak hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat. Malah sebelum pemecatan Anwar lagi Rafizi memainkan peranan sebagai Presiden Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia di United Kingdom (UKEC) untuk menggiatkan hubungan dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabung Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Antara risalah terawal ketika Reformasi meletus, Suara Mahasiswa ditulis oleh beliau sendiri.

Memang benar beliau kemudian terpaksa kembali ke Britain untuk menghabiskan pengajiannya. Pada waktu itulah saya ingat beliau mula menghubungi saya dan meminta saya menulis untuk laman Reformasi. Beliau menggerakkan Keadilan Antarabangsa Eropah serta Free Anwar Campaign bersama-sama Raja Petra Kamarudin serta memainkan peranan di dalam Pemuda Keadilan. Habis sahaja pengajiannya sebagai jurutera dan akauntan bertauliah, beliau pulang ke Malaysia menerusi Singapura memandangkan kepimpinan Pemuda Keadilan pada ketika itu mendapat maklumat bahawa beliau akan ditahan sekiranya memasuki melalui KLIA. Faris Musa (kini Timbalan Ketua AMK) lah yang membawa beliau pulang pada waktu itu.

Perletakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Exco Pemuda Keadilan pada 2003 juga dibuat di atas dasar prinsip. Waktu itu Ezam Md Noor sebagai Ketua Pemuda telah cuba memaksa Pemuda menerima kemasukan wanita ke dalam entiti baru AMK berikutan penggabungan dengan Parti Rakyat Malaysia. Apa yang dibangkitkan Rafizi ialah keputusan tersebut dibuat tanpa perbincangan dengan akar-umbi. Saya sendiri berbeza pendapat dengan beliau pada waktu itu apabila beliau bersama-sama Allahyarham Adlan Benan Omar bertemu saya memaklumkan keputusan tersebut.

Namun beliau tidak seperti beberapa individu lain, termasuk Ketua AMK ketika itu yang akhirnya khianat pada perjuangan. Beliau meletak jawatan atas prinsip dan terus membantu rakan-rakan di dalam parti seperti Saiful Izham Ramli dan YB Nurul Izzah Anwar sekalipun menumpukan tumpuannya kepada kerjaya. Beliau tidak menjual maruahnya untuk menyerang parti. Malah kerjaya korporatnya yang cukup cemerlang pada usia begitu muda kini menjadi aset yang begitu berguna untuk Keadilan bagi memberikan perspektif berbeza berbanding dengan anak muda yang hampir sepenuh masa kerjayanya berada di dalam politik (termasuk saya sendiri).

Lebih menarik lagi beliau turut menyumbang idea kepada Anwar dalam Debat Harga Minyak dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 2008 dahulu. Akhirnya pada 2009 Rafizi mengambil keputusan meninggalkan kerjaya korporatnya untuk bersama parti.

Namun kita juga jangan hanya memandang ke belakang. Benar, kita perlu menghargai permulaan perjuangan kita dan reformis-reformis yang berani. Tetapi usaha membanding-bandingkan sumbangan masing-masing (sama ada Shamsul Iskandar Md Akin, Chegu Bard mahupun Hasmi Hashim semua ada sumbangan berharga mereka) serta mengecilkan Reformasi hanya kepada penyertaan demonstrasi jalanan 1998 tidak membantu kita sampai ke Putrajaya. Dengan jalan dan latar kita yang belbagai, kita semua merupakan Generasi Reformasi.

Majoriti generasi muda hari ini khususnya pengundi 21-30 tahun tidak turut serta dalam peristiwa Reformasi (berbeza dengan pengundi 31-40 tahun). Mereka terlalu muda. Saya sendiri tidak sempat ke jalanan tahun 1998-1999 memandangkan saya masih di asrama (berbeza dengan beberapa pelajar yang turut serta dan terhumban ke dalam lokap walaupun di sekolah menengah seperti staf saya Saifullah Zulkifli — Tingkatan 1, dan Allahyarham Salman Nasaruddin — Tingkatan 2). Cuba kita tanya mereka dan sudah tentu ramai yang cuma tahu sedikit tentang apa yang berlaku lebih sedekad lalu.

Lawan dan rakan kita juga semakin kreatif dalam mendekati anak muda. Dahulu Pemuda Umno juga terperangkap dengan pandangan ke belakang (misalnya menghunus keris) tetapi hari ini mereka cuba keluar dari “comfort zone” mereka. Hakikatnya kita banyak tarikan untuk mendapat sokongan anak muda (gabungan Generasi Reformasi di jalanan, aktivis NGO mahupun di Parlimen dan DUN) namun setakat ini kita semua masih gagal menggemblengnya. Cabaran generasi Facebook dan Twitter juga berbeza dengan generasi muda sebelum ini, mereka lebih cenderung menjadi pengundi atas pagar dan bukannya pengundi tegar parti seperti generasi terdahulu.

Apa yang Rafizi cuba tonjollkan ialah agar kita menilai agenda setiap calon Ketua AMK untuk memenangi setiap jalur anak muda yang ada pada hari ini: graduan muda yang tiada kerja, mat dan minah kilang yang bergelut dengan gaji rendah di kilang, malah mat rempit di jalanan. Inilah yang dinanti-nantikan anak muda yang mahu melihat Pakatan Rakyat menjadi kerajaan alternatif (government-in-waiting) bukannya pembangkang semata-mata. Menang atau kalah dalam pemilihan parti, audiens utama kita seharusnya rakyat umum yang akan mengundi di dalam PRU-13 nanti.

Berikutan sentimen banding-beza antara calon akan dilihat sebagai ribut dalam cawan yang tak tertampung, yang akhirnya merugikan Keadilan untuk jangka masa panjang. Ini berpotensi untuk menjadikan rakyat khususnya generasi muda muak dan jelek untuk mendekati Keadilan. Fokus pemilihan ialah agenda pemerkasaan parti, bukan mengheret parti dalam kancah polemik banding-beza yang tiada kesudahan.

Jangan kita jadikan pemilihan 2010 ini suatu pertandingan syok sendiri yang menjadi tidak relevan untuk golongan muda malah rakyat Malaysia secara umum. Sebaliknya hakikat Keadilan berani mengadakan pemilihan satu anggota satu undi adalah kekuatan kita untuk kita tonjolkan persaingan sesama saudara seperjuangan untuk memenangi hati pengundi muda menjelang PRU-13.

* Nik Nazmi Nik Ahmad kini merupakan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia. Beliau mula melibatkan diri dengan Keadilan pada usia 19 tahun pada tahun 2001 dan menyertai Keadilan Cabang Kelana Jaya pada tahun 2005. Beliau telah menulis buku Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21 yang diterbitkan Marshall Cavendish pada tahun 2009 dan juga mempunyai blog di http://www.niknazmi.com. Tulisan ini dibuat di atas kapasiti peribadinya.

-DIAMBIL DARIPADA THE MALAYSIAN INSIDER

Raf Umum Bertanding untuk Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. Selamat Berjaya!



Dari : Malaysiakini.com (http://www.malaysiakini.com/news/141599)
















Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda PKR (AMK).

Beliau turut mengumumkan barisan regunya - dikenali sebagai Generasi Reformasi - yang akan bertanding jawatan utama dalam AMK.

















Rafizi akan berganding dengan ADUN Batu Caves Amirudin Shari yang akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK.













Manakala tiga lagi ADUN gandingannya akan bertanding jawatan naib ketua dan exco. Mereka ialah Sim Tze Tzin (Pantai Jerjak), S Kesavan (Hutan Melintang) dan Chang Lih Kang (Teja).

Sim dan Kesavan akan bertanding jawatan naib ketua manakala Chang dan empat orang lagi - Halimey Abu Bakar, MA Tinagaran, Saifullah Zulkifli dan Jafery Jomion akan bertanding jawatan exco.

Menurut Mohd Rafizi, barisan Generasi Reformasi menggabungkan pelbagai kumpulan berbeza atas semangat reformasi.















Beliau dipercayai akan mendapat tentangan sengit daripada penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin, seorang lagi anggota MPP Badrul Hisham Shaharin dan seorang pemimpin cabang daripada Johor Hasmi Hashim.

Timbul isu baru

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun belum membuat pengumuman rasmi berhubung kesediaan mereka merebut jawatan yang sama.














Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi ini, Mohd Rafizi berkata, reformasi yang tercetus pada 1998 membuka lembaran baru apabila berjaya menggabungkan kumpulan yang berbeza pendekatan, warna kulit dan kepakaran, tetapi berkongsi matlamat yang sama.

Selepas pilihan raya umum lalu, tambahnya, walaupun isu pokok yang diperjuangkan - seperti pemansukan ISA dan kebebasan institusi kehakiman - masih sama, timbul pelbagai isu baru yang memerlukan perhatian sewajarnya.

"Oleh itu, AMK sebagai barisan utama dalam mendekati orang muda memerlukan dinamisme yang tinggi. Isu yang diperjuangkan perlu melambangkan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi baru yang mempunyai citarasa yang berbeza.

"Pendekatan yang digunakan juga perlu dipelbagaikan untuk menarik minat sebahagian besar anak muda yang pada ketika ini tidak berminat dengan politik," katanya yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor.

"Berdasarkan misi in, saya dan rakan-rakan yang lahir dari semangat kebersamaan dan kepelbagaian hasil gerakan reformasi ingin menawarkan diri untuk menyuntik dinamisme itu dalam AMK. Sebagai persediaan menghadapai pilihan raya umum ke-13."

Turut hadir dalam sidang media itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hanya memberikan sokongan tetapi tidak akan bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam AMK walaupun disebut-sebut sebelum ini.


Video : Rafizi tanding ketua AMK, umum regu
http://www.youtube.com/watch?v=qXfw_bkfc8k




Video : Tanding AMK: Generasi Reformasi sedia debat
http://www.youtube.com/watch?v=3-rF06XBH-E


Thursday, June 24, 2010

WONG@HOUSTON SPACE CENTRE

Diatas semangat untuk membawa Yengkoz ke angkasa lepas, saya telah berpeluang untuk mengular ke Johnson Space Center iaitu dimana terletaknya pusat penyelidikan NASA, dan tapak pelancaran roket ke angkasa lepas, dan yg paling penting berpeluang meletakkan tanda nama "Yengkoz Wuz Ere' disitu walaupun dgn menconteng kertas A4, tetapi tanda Yengkoz Wuz Ere tetap jelas kelihatan. Jadi saya memohon markah yg tinggi diberikan di atas usaha ini termasuk gamba saya terbang tanpa graviti sambil memegang tanda yengkoz wuz ere di depan signboard space center. Sekian melaporkan.




 
E24 - Yengkoz ke angkasa lepas...

Wednesday, June 02, 2010

FITT@GOLD COAST

2.5 MARKAH UNTUK AHMAD HOUSE.

Ini terpaksa dilakukan sebab submission tidak memenuhi kriteria.






PYAN@ST. KILDA BEACH



10 MARKAH UNTUK RUMAH IDRIS.

St Kilda beach ni tempat pertama wujudnya theme park bernama "Luna Park" di tanah Melbourne/Australia..not sure...(maybe Mior bleh confirm)..berusia lebih 50 tahun. Juga tempat penguin.

Pyan, E70

WONG@NEW ORLEANS

10 MARKAH UNTUK RUMAH MOHD. SHAH


Semasa saya di Koleq dahulu saya teringat ada ejen penyebar majalah bogel Hustler yang didalangi oleh saudara Aiwa sering megedarkan majalah ini kepada pelajar-pelajar baik seperti saya. Semalam sedang saya lalu jalan-jalan cari makan di New Orleans dan sempat menjengok sekejap di lorong hitam tersohor di sana iaitu French Quarters, Bourdon Street dan saya ternampak Kelab Hustler. Tanpa berlengah lagi saya terus mengambil gambar 'Yengkoz Wuz Ere' di depan Kelab Hustler dengan diperhatikatikan orang sekeliling apakah mamat gila ni tampal poster kat Kelab Hustler adakah dia mungkin ejen talibarut BRU.

Memandangkan usaha saya yang amat gigih ini tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling, ibarat membujur lalu melintang patah saya memohon markah yang maksimum diberikan rumah Mohd Shah . Wajah saya tidak ada di dalam gambar ini adalah di atas faktor-faktor keselamatan.

Sekian terima kasih.

Wong, E24

Monday, May 24, 2010

10 POINTS UNTUK MOHD SHAH


Last weekend, dengan izin Allah, aku sempat singgah ke Jheel (Tasik) Saif-ul Muluk kat Naran Pakistan. Perjalanan drpd Islamabad ke Naran mengambil masa 7 jam. Stopped bermalam ni Kaghan Valley (silap percaturan patutnya overnite at Naran)


Full perjalanan covers - Islamabad-Haripur-Havelian-Abbottabad-Mansehra-Balakot-Kaghan-Naran-Saif-ul Muluk

Sepanjang perjalanan banyak giler tanah runtuh or glacier runtuh. Kena tunggu 1/2 hr nak tunggu jalan clear. Else aku kena patah balik ke Islamabad la.

Apa ada kat Jheel Saif-ul Muluk ni? Korang baca kat bawah ni.

Lake Saiful Muluk (Urdu: سیف الملوک) is a lake located at the northern end of the Kaghan Valley (34°52′37.34″N 73°41′37.71″E / 34.8770389°N 73.6938083°E / 34.8770389; 73.6938083) near Naran. It is in the north east of Mansehra District in the Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan. At an altitude of 3,224 m (10,578 feet) above sea level it is amongst one of the highest lakes in Pakistan.

The lake is accessible by a 14 km road from Naran (which is accessible by a road from Mansehra via Balakot and Kaghan) during the summer months. On foot, the trek from Naran to the lake takes about 4-6 hours. The water is clear with a slight green tone. The clarity of the water comes from the multiple glaciers all around the high basin which feed the lake.

The weather here is moderate during day time while the temperature drops to minus degrees at night.

A fairy tale called Saiful Muluk, written by the famous sufi poet Mian Muhammad Bakhsh, is associated with the lake.[1] It is the story of prince of Persia who fell in love with a fairy princess at the lake.[2] The impact of the lake beauty is of such extent that people believe that fairies come down to lake in full moon.

Memang cantik tasik ni masa pre-summer ni. Subhanallah. Tak sangka plak aku ada tasik yang sebegitu cantik di Pakistan.

Tapi nak datang ke sini bukan senang ok. Mcm bertarung nyawa.

From Town Naran korang kena naik Jeep ke Base 1 Saif-ul Muluk.

Pastu korang decide whether nak trekking all the way ke Base 2 (dlm 3 jam) or horse riding (1 jam).

Aku opt for horse riding since aku sampai ke Naran dah lambat dalam kul 1000hrs.

Then from Base 1 ke Base 2 at the lake, kena trekking around 1 hr barulah sampai ke tasik ni.

Tasik ni kira dok kat atas snow-peak mountains la.

Masa turun aku opt for trekking which will take another 2 hrs.

Ingatkan nak naik kuda tapi aku tengok mcm lagi scary je turun gunung dengan kuda.

Buatnya kuda buat gila, Al-Marhum plak aku kat atas tu. hehe.

Kalau trekking kena lalu atas glacier, which kat bawah dia ada laluan air, anytime boleh pecah glacier tu.

Overall mmg puas hati la dapat singgah ke Jheel Saif-ul Muluk walaupun perjalanan agaklah scary kan.

Aku akan singgah lagi masa summer nanti, bila semua glacier kat tasik cair. Mesti lagi cantik punya.

Masa tu gambar akan lain sket la daripada kali ni. Air tasik akan lagi biru kehijauan rasanya.

Disertakan beberapa gambar yang sempat aku snap weekend lepas.

Tak lupa juga kenangan Yengkoz Wuz Ere di tanah di Jheel Saif-ul Muluk & juga contengan di iPhone 3Gs.

Susah siot nak snap gambar kat iPhone sebab bayang2 tasik tu reflected balik ke iPhone.

Kat atas tuh mmg takde line langsung ok.

Mohon pertimbangan untuk points bagi Rumah Mohd Shah, Membujur Lalu, Melintang Patah.

Thursday, May 13, 2010

QUOTABLE QUOTE

Quotable quote hari ini :

"Ni la politician, bila time dia kena belasah, cepat jer ckp 'saya takde masa nak layan semua tohmahan ni, saya nak buat kerja utk rakyat'."

- Gadap, riling against a certain Yengko politician.

Monday, May 03, 2010

YENGKOZ BIG BALL CUP 2010


The 2010 Individual Champion


House Champion - IDRIS

Official report later (When I feel like it). :)

Thursday, April 29, 2010

TIDO LA MATTOP


Mattop kena sound dengan Awi sebab tak nak tido2, hahaha

Monday, April 19, 2010

PYAN@PHILLIP ISLAND


Persaingan bertambah sengit. Pyan menghantar gambarnya di Philip Island.

10 markah untuk rumah Idris.

Sunday, April 18, 2010

WONG@GUNUNG JERAI

Baru-baru saya bekesempatan untuk ke salah satu Gunung yang terpenting di negeri Kedah untuk suatu program bersama-sama belia-belia Kedah, iaitu Gunung Jerai dimana salah satu gunung yang amat penting di dalam sejarah peradaban negeri Kedah. Dikatakan Gunung Jerai disuatu ketika dahulu merupakan titik rujukan bagi pelayar-pelayar yang berlayar untuk berlabuh di negeri Langkasuka ini semenjak kerajaan kuno Lembah Bujang sehinggalah kini menjadi stesen pemancar perhubungan bagi seluruh talian telefon selular bagi penduduk daerah Alor Setar. Ibarat kata, tanpa Gunung Jerai, maka negeri Kedah Darulaman akan lumpuh sama sekali. Dikepilkan gambar 'Yengkoz Wuz Ere' di puncak Gunung Jerai dan dengan ini saya memohon mata penuh diberikan kepada Rumah Mohd Shah diatas usaha gigih ini. Jika permintaan saya tidak dilayan, maka saya tidak punya pilihan lain, melainkan untuk memanggil kumpulan baju kuning untuk memberontak diadakan semula pemilihan tuan presiden... sekian terima kasih


E24 - Membujur Lalu Melintang Patah

Saturday, April 17, 2010

SESI TRAINING BOWLING YENGKOZ

Pada hari jumaat lepas (semalam 16/04/10), dgn berani, chibfriskiestits menyahut cabaran aku utk membaling bola bowling sebagai latihan utk tournament yengkoz'10.

Suri gorie yg mewakili rumah mat shah last2 minit menarik diri sebab meeting kat putrajaya tamat pada sebelah pagi dan epit yg mewakili rumah leman tak dapat nak 'ponteng' sebab tengah sibuk melayan KP, maka sesi latihan hanya dihadiri oleh wakil ahmad dan idris.

Tepat pkul 3ptg, selepas aku puas melantak burger spicy chicken mcdeluxe McD sambil chibix usha awek2 gomen comel lote yg ke hulu ke hilir ponteng kerja, kitorang pun sampai kat bowling centre.

Amatlah mengecewakan sebab lane penuh dgn budak2 SAS tengah tournament, dan waiting list pun penuh, maka aku dgn chibix decide utk tukar tempat ke IOI puchong

tepat pkul 4pm, maka sesi latihan pun bermula dan result seperti berikut :

Bowler idris (mattop) 133 168 164

Bowler ahmad (chibix) 112 122 114

Chibix tak berpuas hati dgn result tu, so dia nak revenge kat alamanda utk sesi training yg kedua. Lagipun, konsentrasi cibix sedikit terganggu dgn jiran perempuan dia yg dok usha kitorang dari 1st game sampai abis...

p/s : Dua2 bowling centre guna lane kayu..

Disediakan oleh: Mattop.

Monday, April 12, 2010

Thursday, April 08, 2010

BOWLING YENGKOZ 2010

Yengkoz,

Bowling Yengkoz 2010 akan di adakan pada 1 Mei 2010 (Sabtu), jam 10.00 pagi di ARL Powerbowl Alamanda. Sebanyak 13 lanes telah berjaya di booking oleh aku (Ein) dan Epit. Tak dapat book semua lane coz dah ada another group akan main that same day. Thus, sila baca ayat2 di bawah dengan penuh perhatian!!!

1. Open to all Yengkoz '94 dan spouse (i.e. bini, teman hidup, awek, tunang, jambu, kekasih gelap etc etc.)

2. No minimum players for each house, di jemput memenuhkan semua lane. Kalau 1 lane kena main 10 orang, then let it be!!! :P

3. Hadiah di sediakan untuk 5 top bowlers (medal) utk Yengkoz, dan 1 top bowler utk spouse. Sapa2 nak sponsor hamper or hadiah tambahan, sila hubungi Epit.

4. Best house akan dapat trofi pusingan yg akan di simpan house captain until the next tournament.

5. Yuran pendaftaran nak main = RM30 sorang. Akan main 3 games (kalau nak tambah bole habaq mai, but yuran kena increase la). Sila bawak stokin sendiri.

6. Urusetia memutuskan sapa nak main sila bayaq kat Epit now. Deposit booking lane aku kena bayaq seminggu sebelum tournament; kalau tak boleh hilang booking. PLUS, pembayaran sekarang akan membuatkan anda komited utk turun main. Hahahah!

7. Makan-minum TIDAK akan di sediakan. Sapa lapaq, kat situ ada cafe. Hanya ayaq mineral akan di sediakan sorang sebotol. Ni Epit yg suruh, dia cakap takyah pening2 nak manjakan korang bagi makan ka apa ka. MUAHAHAH!

8. Kalau boleh sila datang dengan pakai baju rumah masing-masing kalau ada. Semangat la sikit nak ngaku rumah sendiri. HIDUP LEMAN!!! :P

9. Kiraan points nanti masa hari kejadian akan di bagitau. Habaq kat sini kang tobat akan ada cubaan nak influence Urusetia. Wacaaa!!!!

10. Sebarang soalan sila ajukan di group ini. Sekian, wassalam.

Wednesday, April 07, 2010

SELAMAT HARI JADI AJAK

AJAK,

SELAMAT HARI LAHIR.

SEMOGA TAHUN 2010 MEMBAWA KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA DIRI, KELUARGA DAN SYARIKAT ABDUL WAHAB.

Tuesday, April 06, 2010

SELAMAT HARI JADI KALAI

KALAI,

SELAMAT HARI JADI.

SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT.

KALAU BERJAYA DI DUNIA, JANGANLAH DILUPAKAN SAHABAT HANDAI.

FAN PAGE MIGDUCK@FB


Come & join. Show us your support.

Tuesday, March 30, 2010

FIDO'S BIRTHDAY TODAY

HAPPY BIRTHDAY, FIDO.


SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI DAN BAHAGIA HENDAKNYA DI SAMPING KELUARGA TERCINTA.

-ikhlas daripada Prez. Khalid & Class of 94-