Yengkoz,
Bowling Yengkoz 2010 akan di adakan pada 1 Mei 2010 (Sabtu), jam 10.00 pagi di ARL Powerbowl Alamanda. Sebanyak 13 lanes telah berjaya di booking oleh aku (Ein) dan Epit. Tak dapat book semua lane coz dah ada another group akan main that same day. Thus, sila baca ayat2 di bawah dengan penuh perhatian!!!
1. Open to all Yengkoz '94 dan spouse (i.e. bini, teman hidup, awek, tunang, jambu, kekasih gelap etc etc.)
2. No minimum players for each house, di jemput memenuhkan semua lane. Kalau 1 lane kena main 10 orang, then let it be!!! :P
3. Hadiah di sediakan untuk 5 top bowlers (medal) utk Yengkoz, dan 1 top bowler utk spouse. Sapa2 nak sponsor hamper or hadiah tambahan, sila hubungi Epit.
4. Best house akan dapat trofi pusingan yg akan di simpan house captain until the next tournament.
5. Yuran pendaftaran nak main = RM30 sorang. Akan main 3 games (kalau nak tambah bole habaq mai, but yuran kena increase la). Sila bawak stokin sendiri.
6. Urusetia memutuskan sapa nak main sila bayaq kat Epit now. Deposit booking lane aku kena bayaq seminggu sebelum tournament; kalau tak boleh hilang booking. PLUS, pembayaran sekarang akan membuatkan anda komited utk turun main. Hahahah!
7. Makan-minum TIDAK akan di sediakan. Sapa lapaq, kat situ ada cafe. Hanya ayaq mineral akan di sediakan sorang sebotol. Ni Epit yg suruh, dia cakap takyah pening2 nak manjakan korang bagi makan ka apa ka. MUAHAHAH!
8. Kalau boleh sila datang dengan pakai baju rumah masing-masing kalau ada. Semangat la sikit nak ngaku rumah sendiri. HIDUP LEMAN!!! :P
9. Kiraan points nanti masa hari kejadian akan di bagitau. Habaq kat sini kang tobat akan ada cubaan nak influence Urusetia. Wacaaa!!!!
10. Sebarang soalan sila ajukan di group ini. Sekian, wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment