Showing posts with label CURRENT EVENT REPORT. Show all posts
Showing posts with label CURRENT EVENT REPORT. Show all posts

Wednesday, February 13, 2008

Perutusan Terimakasih dari Presiden SpammerzYengko94

Pertama-tamanya, tahniah untuk KERI-PAP2 (ruff, mattop, epito, awie, kno, ezam, radin, ska&boipren dll,) yang berusaha keras time sukantera aritu.. (kalau berusaha untuk keras, kopikon mpro ada hahaha... kopi maut tu..) antum semua memang superb hahaha..(kesan menghadiri session 17). walaupun aku rasa radin sedang mengira keuntungan jualan tshirt dan carsticker sambil mengusap2 perutnya, tapi takpe.. puas hati, idea aku untuk penambahbaikan design tshirt rumah tu berjaya diolah secantiknya oleh radin fugela radin martopo motosikal..
Terima kasih kerana memberi ruang untuk presiden spammerzyengko berucap time dinner tu haha.. siul la ruff, aku tak jangka nak kena mengucap time tu, takkan aku nak melalut pepanjang depan hong bersaudara (samhong dan mpro?) aku cuba juga seringkas mungkin walaupun chamat kata aku antiklimax malam tu(chamat, kau pernah climax kah? hahaha) . Cukuplah emel aku yang 7ribu tu menyiksa hidup korang selama setahun lebih hahaha..orang rumah aku pun aku berjaya perdayakan agar tampak seronok tengok kerenah korang semua time sukantera walaupun sampai sekarang dia masih lagi kelam dalam memahami standing rules keempat tu.. aku no komen sebab aku tak normal masa kat koleq dulu bak kata ein... hahahaha.. tak macam kapten rumah idris.. hahaha
Lastly, selaku presiden SpammerzYengko94, aku ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga atas sokongan spammerz yengko yang lain; chamat beijingman, knolanitakberaparingan, syed khalid alfesbuk, ery umobile, mprodoublehong, docmotz,ir. gondolfi dan juga diskoman ruff yang memberi komitmen tinggi dalam mengukuhkan ukhuwwah menerusi gerbang maya ini. juga tak dilupakan antispammerz reef yang diuji kesabarannya berulang kali. ingatan istimewa utk awi&aiwa 'kak fidah' bugilindah yang sering mewarnai kempen anugerah keri ini, tanpa anda, semua ini tak bermakna..
akhirul kalam, tiadalah sukantera ini membawa mudharat bahkan mengukuhi dan mengeratkan lagi silaturembelta semata-mata. Memang bermanfaat insyaallah.jkk..

Saturday, October 06, 2007

RUMUSAN PESTA SAHUR

Alhamdulillah setelah berminggu membuat persiapan, jemputan dan beratus-ratus sms membujuk, PESTA SAHUR CLASS OF 94 telah selesai dengan jayanya malam semalam.

Ahli Class of 94 yang hadir adalah seperti berikut :

1. epit
2. ezrin
3. zaman
4. mpro
5. fadli
6. fadhil
7. kalai
8. mongger
9. dayat
10. la'ba
11. ruf
12. pejal
13. toy
14. kadak
15. mattop
16. aiwa
17. foo
18. gabye
19. ayien
20. pica
21. tunkid
22.sharap

Yang pertama sampai adalah penganjur diikuti fadli. Fadli telah cuba menghasut Penganjur untuk mengubah lokasi pesta sahur ke Uncle Chilli's yang sedang rancak mendendangkan lagu YMCA (Village People). Sempat juga Penganjur & fadli bergoyang di situ 2,3 minit sebelum penganjur ingatkan fadli bahawa Syeikh Ezrin on the way.

Seterusnya, Syeikh Ezrin & Zaman sampai bersama-sama Dennis Stepanenko (sahabat Syeikh Ezrin) dan juga Suresh daripada India. Sdr Mpro menyusul tak berapa lama kemudian.

Pihak Hilton PJ telah menempatkan kita di sudut yang agak eksklusif. Kerusi empuk, meja besar dan hiasan cantik merupakan petanda awal bahawa Pesta Sahur ini akan berjaya.

Seterusnya, ahli Class of 94 datang berbondong-bondong hingga tidak dapat lagi dipastikan turutan kehadiran. Tapi yang pasti, Toy paling lambat sampai kerana belon beliau dari Sarawak telah lambat sampai & kesesakan jalanraya di Desa Petaling memburukkan lagi keadaan. Toy sampai tepat jam 2.45 pagi. Tapi semangat beliau tetap tinggi.

Yang pasti, agenda makan tidak lagi menjadi agenda utama. Perhimpunan diserikan dengan hilai tawa dan acara tumbuk rusuk antara yang hadir. Ramai juga yang mengambil peluang bertanya khabar dan mencari peluang "pelaburan". Teka-teki "Siapakah MIAW?" juga telah diselesaikan malam tadi.

Majlis bersurai tepat jam 4.30 pagi. Itupun setelah pekerja PJ Hilton mula mundar-mandir sambil memberikan jelingan tajam kepada Kalai. Majlis persuraian diserikan dengan upacara bergambar, bersalaman & bermaafan.

Special Mention :

1. Terima kasih kepada Mpro, Toy dan Fadhil yang datang dari Melaka, Sarawak dan Ipoh semata-mata untuk menyertai sesi ukhwah ini.
2. Terima kasih kepada semua yang hadir yang sudi mendermakan lebihan wang kepada Projek MigDuck. Jumlah kutipan semalam adalah RM60.00.
3.Terima kasih kepada Toy yang membawa ole2 daripada Sarawak untuk semua yang hadir (rugi la korang sapa yang tak datang).

Perkara Berkaitan Pesta Sahur semalam

1. Sdr Cop telah ditimpa musibah dalam perjalanan untuk ke Pesta Sahur. Sebuah motosikal yang dipandu laju telah terbabas akibat hendak mengelak Cop. Sdr Scoppo tak cedera tapi kepala mat rempit tu hampir pecah tiga sekiranya Cop tidak tangkas bertindak.

2. Jita dah overslept sebab tu dia tak sampai semalam. itu kata dia la...

3. Majoriti yang hadir semalam kata makanan lousy & tidak direplenish ( nasib baik Hj Bochap tak datang).

4. Monger sampai migraine sebab cuba recall sapa Dayat - sampai kiamat la tak ingat, si monger mana kenal si dayat, penembak lagenda Class of 94. Bahawa kejadian itu berlaku di depan Aiwa hanya memburukkan lagi migraine Monger.

5. PJ Hilton gila berkira. dah bawa 22 orang pun tak boleh bagi 1-2 pax free.

Sekian laporan WARTAWAN LAPANGAN.