Wednesday, October 03, 2007

3 PONTIANAK

INI ADALAH LAWAK YANG DISEBARKAN DRP MULUT KE MULUT MENGIKUT TRADISI PENCERITAAN MELAYU SUATU KETIKA DAHULU.

Pada suatu malam, 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun bersetuju membuktikan kehebatan masing-masing .

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak.
Pontianak C : Nampak.
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A . 10 saat kemudian, dia balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B . Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...

Hahahahahahaha!!!!!!!!

Selamat Berpuasa '94. Jumpak kelak di Pesta Sahur...

-diceritakan semula Ly Chee Peng-

2 comments:

Noni Kapet said...

apa ni pemangga bertugas?

ni bukannya announcement tp layak nak masuk citer bell... ke kau takut ngan AJK Internet nya warning....

mana ada kat foyer dulu lawak2 turun temurun mcm ni.

Aku nak mengadu kat HEM suruh Pemangga Bertugas kena double confinement.

TAITI said...

pemangga mana takut kena double-con. kau kacau mangga dia je baru dia takut.

skarang foyer dah multi-genre. kalu tak asyik bersawang je.