Saturday, December 06, 2008

Apa habaq Abg Ropezi di International Hill

Saya telah berjaya menghubungi Sdr Rafizi Ramli dan beliau mengesahkan beliau OK dan sihat walafiat. Cuma beliau sedang terperangkap di Kyoto Garden disebabkan jalan raya yang menghubungkan kediaman rasmi beliau dengan dunia luar telah terputus/retak/pecah.
Beliau juga mengalami kegelapan akibat terputusnya bekalan elektrik: Tapi itu berita pukul 10 pagi tadi.Sehingga kini saya tak berani menelefon beliau lagi kerana (sila ikuti dialog perbualan telefon dengannya - lebih kurang) :

Hucs Je : Salam, apa citer rough?
TMP: Aku tak boleh cakap lama, kena reserve bateri telefon
Hucs Je : Oh ok..ok...just nak tau ko Ok ke tak..
TMP : I am fine..I am fine...tapi takde letrik and I am trapped up here...kalau aku nak turun pun kena on foot...
Hucs Je (dalam hati) : Kalau ada wong boleh buat rescue pakai abseiling dari kyoto garden ke bawah...tak pun guna laluan hutan..
Hucs Je:Ok lah save lah bateri fon kau...
TMP :Tu lah , aku kena cepat figure out camner nak kuar..kalau tak mau trap kat sini seminggu..
Hucs Je: OK...Ok..selamat...roger and out.


Sekian saya melaporkan dari kuala terengganu.....(baru sampai, tu yang berita baru hantar nih)

Monday, December 01, 2008

KENDURI GELOMBANG CHINTA AHMAD RAZALY

Saya telah berkesempatan menghadiri kenduri Toy pada hari Sabtu yang lalu. Saya datang agak awal bersama Encik Abon. Turut sama ada ketika itu adalah Encik RudiCop, Encik Fairul & Encik Syam Hakimi. kecuali saya dan Rudicop, semua yang lain membawa keluarga masing-masing.

Saya sempat bergambar bersama pengantin lelaki di luar dewan. Beliau nampaknya begitu bahagia dan segak berbaju putih. semoga berbahagia.

Dalam perjalanan keluar, saya terserempak dengan Encik Kadaq yang baru sampai.

Sedikit mengenai En Ahmad Razaly:

Beliau anak kepada En. Rahim.

Masuk MCKK tahun 1990 dan keluar tahun 1994.

Ketika di MCKK, beliau dilantik menjadi Presiden batch 9094.

Rumah Ahmad. Bermain ragbi & juga wakil kolej dalam acara pecut 100m.

Beliau adalah wedding singer di kenduri Balat.

Sekarang beliau bertugas di Jabatan Imigresen di Bumi Kenyalang.

Sedikit pasal Pengantin Perempuan:

Err, err, err...entah, dia tak pernah cerita apa2 pun.

Sekian laporan saya.