Thursday, June 24, 2010

WONG@HOUSTON SPACE CENTRE

Diatas semangat untuk membawa Yengkoz ke angkasa lepas, saya telah berpeluang untuk mengular ke Johnson Space Center iaitu dimana terletaknya pusat penyelidikan NASA, dan tapak pelancaran roket ke angkasa lepas, dan yg paling penting berpeluang meletakkan tanda nama "Yengkoz Wuz Ere' disitu walaupun dgn menconteng kertas A4, tetapi tanda Yengkoz Wuz Ere tetap jelas kelihatan. Jadi saya memohon markah yg tinggi diberikan di atas usaha ini termasuk gamba saya terbang tanpa graviti sambil memegang tanda yengkoz wuz ere di depan signboard space center. Sekian melaporkan.




 
E24 - Yengkoz ke angkasa lepas...

Wednesday, June 02, 2010

FITT@GOLD COAST

2.5 MARKAH UNTUK AHMAD HOUSE.

Ini terpaksa dilakukan sebab submission tidak memenuhi kriteria.






PYAN@ST. KILDA BEACH



10 MARKAH UNTUK RUMAH IDRIS.

St Kilda beach ni tempat pertama wujudnya theme park bernama "Luna Park" di tanah Melbourne/Australia..not sure...(maybe Mior bleh confirm)..berusia lebih 50 tahun. Juga tempat penguin.

Pyan, E70

WONG@NEW ORLEANS

10 MARKAH UNTUK RUMAH MOHD. SHAH


Semasa saya di Koleq dahulu saya teringat ada ejen penyebar majalah bogel Hustler yang didalangi oleh saudara Aiwa sering megedarkan majalah ini kepada pelajar-pelajar baik seperti saya. Semalam sedang saya lalu jalan-jalan cari makan di New Orleans dan sempat menjengok sekejap di lorong hitam tersohor di sana iaitu French Quarters, Bourdon Street dan saya ternampak Kelab Hustler. Tanpa berlengah lagi saya terus mengambil gambar 'Yengkoz Wuz Ere' di depan Kelab Hustler dengan diperhatikatikan orang sekeliling apakah mamat gila ni tampal poster kat Kelab Hustler adakah dia mungkin ejen talibarut BRU.

Memandangkan usaha saya yang amat gigih ini tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling, ibarat membujur lalu melintang patah saya memohon markah yang maksimum diberikan rumah Mohd Shah . Wajah saya tidak ada di dalam gambar ini adalah di atas faktor-faktor keselamatan.

Sekian terima kasih.

Wong, E24