Wednesday, April 29, 2009

KENANG-KENANGAN LA'BA

"sebelah tandas ada tangga, sebelah tangga ada dinding, sebelah dinding ada kerusi, atas kerusi ada aku tgh tido..."

- Kenang-kenangan La'ba yang suka tidur di hujung blok kelas masa kita Form 1. Untuk rekod, kegemaran ini dikongsi oleh beberapa rakan kita yang lain termasuk Zahadin & telah membawa kepada penganjuran satu siri penyiksaan Commom Room.

Tuesday, April 28, 2009

NONI KAPET & MATTOP

Pengumuman Hari Ini

Noni Kapet yang original pernah telefon Mattop waktu family diorang baru ajer pindah kat area2 Sungai Jelok Kajang.

Sebab apa Noni kapet telefon dan kenapa Mattop yang ditelefonnya tidak pula diterangkan.

Sekian, terima kasih.

Friday, April 24, 2009

SIRI MUTIARA KATA

"...kalau operational controller for asia pacific pun confuse, aku confuse tu kira normallah..."
- Komen Syed Khalid atas tempoh yang cukup lama yang diambil oleh Fadli untuk selesaikan IQ test.

Tuesday, April 21, 2009

Return of the King - ( Hj. Razaly akan kembali ke Kuala Lumpur)


Pemberitahuan khusus kepada jaguh-jaguh tempatan Winning Eleven 2009:- Haji Razaly akan kembali.. _______________________________________________________________

Perkhabaran yang diterima mengatakan bahawa jaguh liar Winning Eleven 2009 - Hj. Razaly akan kembali bekerja di Kuala Lumpur bermula daripada bulan hadapan. Adalah baik kiranya Tuan-tuan jaguh-jaguh tempatan mengambil kira kehadiran beliau dengan penuh rasa gusar.
Persediaan awal amatlah perlu bagi menangani beliau yang terlampau hebat (walaupun berlatih di pusat-pusat membeli-belah di Sarawak) dalam episod Kejohanan Tertutup Winning Eleven 2009 yang akan datang. Walaupun pihak penganjur dan jaguh-jaguh tempatan menyambut baik kepulangan beliau, semua yang terbabit menunjukkan rasa resah apabila memperkatakan hal ini. Apa yang jelas, kehadiran beliau akan menjejaskan kedudukan dan status jaguh-jaguh handalan yang sudah bertapak lama di Kuala Lumpur.


Walau bagaimanapun, berita ini tidak memberi kesan negatif kepada Jaguh Handalan Sdr. Noraizi yang jelas sudah bersedia menanti kepulangan wira daripada Sarawak tersebut, sekaligus, memberi harapan pertarungan sengit bakal disaksikan kelak.

Wednesday, April 15, 2009

Call of unitefekt

bzz. . . .

bzzz. . . .

bzzzz. . . . .




bzzzzzzzzzzzzzzzz.... (bunyi loceng/buzzer firedrill)

oh when yengko goes marching home....

Annual MigDuck Camping@Ulu Kenas 2009




Thursday, April 09, 2009

OLD BOYS' WEEKEND GOLF TOURNAMENT


Tuan-tuan sekalian,

Berikut adalah pengumuman mengenai Pertandingan Golf Sempena Old Boys' Weekend pada 17-19 April 2009 akan datang.


  • Tarikh : 17 April 2009 (Jumaat)
  • Tempat Pertandingan : Clearwater Sanctuary, Ipoh
  • Tee off : 2 petang
  • Terbuka hanya kepada budak koleque
  • Yuran penyertaan : RM190 (RM140 green fee + RM50 hadiah)

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Sdr (Tun) Fadhil Azman 019 5555255 pada bila-bila masa.

Sekian.

Tuesday, April 07, 2009

March of the yenkoz...



korang unite tak ?..............













tunjukkan betis anda di...

The Yengkoz Bistro
17-19-Apr.09

Monday, April 06, 2009

JOE DAH DAPAT KERJA

DIA MULA KERJA HARI INI!!!

PERTANDINGAN WINNING 11 TERTUTUP CLASS OF 94

PERUTUSAN DARI PENGANJUR, SDR. AZIM ARIFF

Salam Semua.

Terima kasih kepada tuan rumah - Chibiok (Ahmad House) kerana sudi mempelawa kami menyemakkan rumah beliau. Makan/minum dan menyelongkar peti sejuk.

Juga kepada semua yang hadir dan yang hampir hadir kerana semangat yang ditunjukkan.

Tahniah kepada yang menang hari tu (aku ke? hahaha). Kalah tak bererti tak terrer main.
menang memang pasal nasib baik. Tapi aku kalah dengan Syam sebab terfikir soalan Aiwa pasal Luca Toni. Tapi mujur takde yang kalah lebih dari 4 gol.

Cadangan: Piala Pusingan (boleh guna piala besar2 bapak2 yg tak pakai lagi; piala bowling, hadiah cerpen, boxing etc.)

Tujuan: Bagi menguatkan lagi 'Bragging Rights' yang sedia ada dan mencurah garam pada pride yang tercalar.

***************
Nota: Keputusan penuh akan dimuat naik sebaik dimaklumkan oleh penganjur kejohanan.

Thursday, April 02, 2009

KERJA KOSONG


Joe, untuk pertimbangan...