Wednesday, February 28, 2007

DERMA SEKOLAH AGAMA DI KK - AUZIR

GUYS,

SMS from Auzir :

"Ana tgh kutip derma utk buat bangunan kekal sebuah sekolah agama di Kuala Kangsar. Sek(a)rang pelajar belajar dlm 2 kontena. Cadangan untuk buat 1 bangunan kekal 3 tingkat ang(g)aran kos 500,00. Sekarang baru ada 90,000+. Untuk start kerja perlukan 100,000. Siapa berminat boleh bagi terus kata ana atau masuk akaun maybank ana no.164128546158 nama MOHD AUZIR ZAKRI BIN ABD HAMID. Tlg sms ana lepas masuk supaya ana boleh hantar receipt. Jkk Boleh claim income tax."

Wednesday, February 14, 2007

TOY JADI PTD

Saya dengan segala hormatnya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Sdr Toy telah dilantik untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) untuk kerajaan Malaysia.

3. Saya bagi pihak Class of 94 ingin mengucapkan tahniah di atas perlantikan sdr toy tersbut dan kami mendoakan kejayaan saudara dalam perkhidmatan awam. INGAT !!!! KEJAYAAN SAUDARA ADALAH KEJAYAAN KAMI JUA...

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

wartawan lapangan...

Tuesday, February 13, 2007

DI SINILAH SEMUANYA BERLAKU

"Di sinilah semuanya berlaku", kata chibiok penuh emosi sambil mengesap air mata yang bergenang di ekor mata beliau. Di sinilah, kira-kira 17 tahun yang lalu, chibiok telah ditampar tanpa usul periksa "Kadang-kadang, sakitnya masih terasa", tambah beliau.

Walaubagaimanapun, beliau tidak pernah menyimpan sebarang dendam dengan abon.



"Di sinilah minat aku naik gunung mula terbentuk", ujar Wong ketika menunjukkan lubang beliau dan gadap mengasah minat memanjat ketika di penghujung tingkatan 5. Mereka yang melarikan diri daripada warden ketika itu telah mengambil tindakan nekad memanjat siling surau prep school bagi mengelakkan diri mereka ditangkap. Bila disuruh mengulangi aksi tersebut, sambil tersenyum sambil berkata," Ohhhhh!!! Tidak. Terlalu bahaya."

Wong sekarang bekerja sebagai pegawai HSE.

Monday, February 05, 2007

TESTIMONIAL KOPIKON MPRO

Kehebatan KOPIKON MPRO mampu buatkan anda tak keruan...

e-mail mpro kepada koleq9094 : "...badut angkat kat aku satu papan malam tu.... siap dia pesan kat bini dia lagi malam tu, "you pegi la tunggu kat bilik dulu..".... hahahahahaha.... dia nak suruh bini dia tunggu kat kereta, tapi tersebut bilik pulak...

LAWATAN MUHIBBAH KE RUMAH BARU HAIRUL

Satu lawatan muhibbah telah diadakan untuk meraikan pemain bolasepak utama batch yang baru-baru ini telah berpindah ke rumah baru di Bukit Mahkota, Bangi. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam. Alhamdulillah, layanan amat baik dan makanan yang dihidangkan amat sedap terutama karipap yang dibuat sendiri oleh isteri beliau, Sdr. Ji. Untuk pengetahuan semua, Hairul telah dikurniakan dengan sepasang anak lelaki dan perempuan.


p/s : wartawan agak sibuk, tak dapat nak buat laporan panjang lebar. Kepada sesiapa yang ingin menjemput wartawan bertandang ke rumah, jangan segan untuk menghubungi penulis.