Thursday, January 08, 2009

MAKAN2 KAT SHAH ALAM @ 10 JANUARI

Sukacita dimaklumkan bahawa satu perjumpaan sempena ulang tahun ke 19 Class of 94 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Burger King, Seksyen 13, Shah Alam (Berhampiran Extreme Park)

Penampilan Istimewa : Sdr Jasman Hassan

Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dengan segala hormatnya dijemput
hadir. Kesudian tuan-tuan memenuhi jemputan ini akan memeriahkan lagi majlis.

Untuk makluman tuan-tuan seterusnya, penganjur dikhabarkan sdr Presiden BRU Seumur Hidup Class of 94, Encik Ropezi Romeli akan membawa kek sebagai mengingati acara ini. Difahamkan juga Sdr KNO akan bawa calon pasangan hidup beliau untuk diperkenalkan kepada kita
semua.

Pengesahan kehadiran sehingga pagi tadi sungguh memberangsangkan. Dijangka semua akan HADIR.

Kehadiran bersama keluarga atau terbang secara solo adalah pilihan dan risiko sendiri.

Walau bagaimanapun, berikut adalah nama yang memaklumkan status dengan jelas:

1.Jasman
2.Ruff
3.wong
4.Epit
5.Radin
6.Epit
7.Abon
8.Ezam
9.Syed "The PakTuan" Asruru
10.Arape
11.Badut
12.Joe
13. Fadhil

Yg jawab Insya Allah

1.Syeikh Ezrin Al Damansari
2.Ayien

Yang confirm tak datang

1. Chamat

Yg confirm tak datang & suruh lelong no dobi

1.Bobo

Wednesday, January 07, 2009

Jasmang Hassang Kembali...

Utk pengetahuan semua, Saya, JASMANG BING HASSANG telah pulang ke tanahair, for good,setelah 11thn mencurahkan bakti di bumi matahari terbit, iaitu Jepun.

Sekarang saya berada di Wisma Belia (sebelah bangunan MCOBA...kena gi daftar nih) buat sementara sehingga 12hb March, sambil mengajar bahasa Jepun untuk pelajar lepasan SPM yg dijangkakan akan melanjutkan pelajaranke Jepun satu hari nanti.

Nak main FUTSAL, call pls. perut aku masih slim spt dulu...mampu berlari laju Ok, chow praya!!
JA
HP : 012-9334437

Tuesday, January 06, 2009

HAPPY ANNIVERSARY CLASS OF 94

designed by KNizam Artwerk

SELAMAT SEMUANYA

Selamat bertunang kepada karyawan tersohor Sdr Loque yang bertunang pada 1 Januari 2009.

Selamat Pengantin Baru kepada Sdr Foo dan pasangannya yang berkenduri pada 3 Januari 2009.

Selamat Berhijrah Ke Rumah Baru di Bandar Tun Hussein Onn kepada Sdr Badut & Red yang berpindah pada 3 Januari 2009.