Tuesday, November 18, 2008

Notis Penamatan Zaman Bujang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Rakan-taulan MC Boys 9094 sekalian adalah dijemput ke majlis menamatkan zaman bujang, Ahmad Razaly & Anisuzita pada:
 
  • Sabtu, 22 November 2008 di Kediaman Pengantin Maharani, Plot 72, Taman Mawar Jitra, Kedah; dan pada minggu hadapannya juga pada hari--->


peta_kedah.jpg (59 KB)

  • Sabtu, 29 November 2008 di Pusat Komuniti Bukit Damansara, Pinggiran Setia Budi, Kelumpo.


peta_kelumpo.jpg (111 KB)
Jamuan makan tengahari di kedua-dua majlis akan diadakan pada pukul 12pm hingga 4pm.
 
Kehadiran rakan-taulan pasti akan menyerikan lagi majlis kami.
 
Terima Kasih Gelombang Chinta.

Ahmad Razaly & Anisuzita


Monday, November 17, 2008

WONG NAK PEGI MEKAH

Salam kawang-kawang

Aku nak mintak maaf kat semua kawan-kawan mana-mana ada salah silap.. Aku terbatak karipap korang, fish ball sup hari jumaat, limau atau pisang dan sewaktu dgnnya.... Atau mungkin sengaja membaling kuih sagu dibumbung dining hall lepas tu jatuh atas kepala korang.....dan termasuklah sambal nasi lemak hari jumaat yg mungkin disorok di dalam cawan....dan mungkin juga mencilok bertin-tin biskut supper korang utk makan kat pavi...walaupun separuh gadap yg batak.....!!! Dan apa-apa yg sewaktu dengannya....

Aku insyallah akan pergi menunaikan haji dgn wife aku lusa...naik dari terengganu...antara flight pertama from KT airport direct to jeddah after kt airport dah upgraded.... Leaving on 19 nov and will be back insyallah on 3 Jan.....

So doakan aku selamat...halalkan makan minum.. And klu ada hutang silalah bagitau.......dan insyallah aku doakan kawan-kawan yg mengenali..selamat dunia akhirat......

Friday, November 14, 2008

STATUS UPDATE FUTSAL 9094

Adalah diwartakan, semalam 13/11/2008 pukul 9:25 malam, telah berlangsung satu perlawanan FUTSAL persahabatan antara 9094 GUMUK FC menentang EPF Shah Alam di HTO Subang Jaya.

Antara ahli batch kita yg telah menghadirkan diri utk perlawanan ini adalah AIWA selaku organiser, CHIBIX dan Syam. Malang sekali Khairul Fittori tidak dapat hadir disbbkan kena jaga anak (wife pegi kursus PTD 4 bulan) dan COP juga langsung tak nampak batang hidung, kalau tidak memang result semalam boleh direversekan ke pihak lawan, belum lagi dikira kalau BALAT dan FOO menghadirkan diri.

Namun begitu pujian harus diberikan kepada AIWA selaku organiser cemerlang kerana telah berjaya memulakan latihan FUTSAL batch 9094 sebagai persediaan utk menyertai MCOBA futsal challenge 2009 (mungkin kita akan jadi batch termuda dalam kategori veteran, jadi seharusnya kita target utk jadi champion kategori ni).

Akhir kata, result tu tak penting sgt utk latihan hari pertama. Prestasi semua pemain memuaskan cuma fitness level agak membimbangkan. Diharapkan e-mail ini akan membangkitkan nafsu FUTSAL rakan2 lain seperti Ezam, Ayien, CHAMP, Faz dll utk bersama2 training.

Sekian Terima Kasih.