Tuesday, August 07, 2007

PERSIAPAN KERJA KAHWIN KNO


Baru sebentar tadi kno telah membuat panggilan dari bumi PD, tempat yang bakal menjadi lokasi bersejarah tidak lama lagi. Maklum beliau, beberapa wedding planner dan caterer telah dihubungi untuk melancarkan majlis gilang gemilang terbilang yang julung-julung kali diadakan di tepi pantai tersebut. KNO bakal menggunakan khidmat Pak Abu sebagaimana yang telah dimaklumkan tempohari manakala rekaan pakaian pula dititipkan kepada Bill Keith, sama macam wedding Effendi Tajudin bulan lepas. Tarikh perkahwinan kata kno, tunggu aja kad sampai. tak lama lagi. kad telah di cetak. cuma menunggu hari yang sesuai sahaja untuk diedarkan. insyaallah, semua akan dijemput. sama-sama kita doakan agar misi kno menakluk gunung-gunung dan menuruni lembah di PD berhasil.
Original writing : Haji Bochap

No comments: