Tuesday, April 21, 2009

Return of the King - ( Hj. Razaly akan kembali ke Kuala Lumpur)


Pemberitahuan khusus kepada jaguh-jaguh tempatan Winning Eleven 2009:- Haji Razaly akan kembali.. _______________________________________________________________

Perkhabaran yang diterima mengatakan bahawa jaguh liar Winning Eleven 2009 - Hj. Razaly akan kembali bekerja di Kuala Lumpur bermula daripada bulan hadapan. Adalah baik kiranya Tuan-tuan jaguh-jaguh tempatan mengambil kira kehadiran beliau dengan penuh rasa gusar.
Persediaan awal amatlah perlu bagi menangani beliau yang terlampau hebat (walaupun berlatih di pusat-pusat membeli-belah di Sarawak) dalam episod Kejohanan Tertutup Winning Eleven 2009 yang akan datang. Walaupun pihak penganjur dan jaguh-jaguh tempatan menyambut baik kepulangan beliau, semua yang terbabit menunjukkan rasa resah apabila memperkatakan hal ini. Apa yang jelas, kehadiran beliau akan menjejaskan kedudukan dan status jaguh-jaguh handalan yang sudah bertapak lama di Kuala Lumpur.


Walau bagaimanapun, berita ini tidak memberi kesan negatif kepada Jaguh Handalan Sdr. Noraizi yang jelas sudah bersedia menanti kepulangan wira daripada Sarawak tersebut, sekaligus, memberi harapan pertarungan sengit bakal disaksikan kelak.

1 comment:

bini aiwa said...

GELANGGANG UTAMA : TAMAN SEGAMBUT