Sunday, April 18, 2010

WONG@GUNUNG JERAI

Baru-baru saya bekesempatan untuk ke salah satu Gunung yang terpenting di negeri Kedah untuk suatu program bersama-sama belia-belia Kedah, iaitu Gunung Jerai dimana salah satu gunung yang amat penting di dalam sejarah peradaban negeri Kedah. Dikatakan Gunung Jerai disuatu ketika dahulu merupakan titik rujukan bagi pelayar-pelayar yang berlayar untuk berlabuh di negeri Langkasuka ini semenjak kerajaan kuno Lembah Bujang sehinggalah kini menjadi stesen pemancar perhubungan bagi seluruh talian telefon selular bagi penduduk daerah Alor Setar. Ibarat kata, tanpa Gunung Jerai, maka negeri Kedah Darulaman akan lumpuh sama sekali. Dikepilkan gambar 'Yengkoz Wuz Ere' di puncak Gunung Jerai dan dengan ini saya memohon mata penuh diberikan kepada Rumah Mohd Shah diatas usaha gigih ini. Jika permintaan saya tidak dilayan, maka saya tidak punya pilihan lain, melainkan untuk memanggil kumpulan baju kuning untuk memberontak diadakan semula pemilihan tuan presiden... sekian terima kasih


E24 - Membujur Lalu Melintang Patah

1 comment:

Anonymous said...

apakata pemilihan presiden berdasarkan rumah mana yg menang ? jadi rumah tu yg elect presiden...hahaha...