Wednesday, June 02, 2010

WONG@NEW ORLEANS

10 MARKAH UNTUK RUMAH MOHD. SHAH


Semasa saya di Koleq dahulu saya teringat ada ejen penyebar majalah bogel Hustler yang didalangi oleh saudara Aiwa sering megedarkan majalah ini kepada pelajar-pelajar baik seperti saya. Semalam sedang saya lalu jalan-jalan cari makan di New Orleans dan sempat menjengok sekejap di lorong hitam tersohor di sana iaitu French Quarters, Bourdon Street dan saya ternampak Kelab Hustler. Tanpa berlengah lagi saya terus mengambil gambar 'Yengkoz Wuz Ere' di depan Kelab Hustler dengan diperhatikatikan orang sekeliling apakah mamat gila ni tampal poster kat Kelab Hustler adakah dia mungkin ejen talibarut BRU.

Memandangkan usaha saya yang amat gigih ini tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling, ibarat membujur lalu melintang patah saya memohon markah yang maksimum diberikan rumah Mohd Shah . Wajah saya tidak ada di dalam gambar ini adalah di atas faktor-faktor keselamatan.

Sekian terima kasih.

Wong, E24

No comments: