Sunday, January 14, 2007

TUGAS MENGORGANISE FUTSAL

Sejak Ramadan sehinggalah tamat musim haji dan membawa kepada Tahun Baru 2007 dan tidak lama lagi lembaran Tahun Baru Hijrah pula akan dibuka, sesi futsal Class of 94 telah lama tidak dianjurkan. Entah kenapa dan entah apa silapnya, baik pengurus dan para pemain hanya bertanya dalam diam bilakah sesi futsal terbaru akan diadakan. Adakah kemarau futsal ini berlaku kerana kegawatan Johor yang dilanda banjir atau perpindahan striker handal Syam Hakimi daripada Proton ke PETRONAS, semuanya masih menjadi teka-teki yang belum nampak pembayang jawapannya.

Penulis telah cuba menghubungi pengurus dedikasi yang selama ini telah sudi menganjurkan sesi futsal Class of 94 baru-baru ini. Daripada perbualan, penulis difahamkan tugas mengibar panji-panji sesi futsal telah beliau serahkan kepada sdr Aiwa yang telah berpindah ke Shah Alam pada penghujung tahun 2006 lalu. Alasan penyerahan tidak pula dinyatakan.

Sebagai usaha menyelesaikan teka-teki ini seterusnya, penulis juga telah menghubungi Sdr Aiwa. Beliau bagaimanapun telah menafikan penyerahan tugas ini ada dibuat. Amat bersungguh-sungguh sekali penafian itu dilakukan. Nyaris penulis dibelasah dek kesungguhan beliau membuat penafian.Sebaliknya, penlis pula disuruh untuk mengadakan sesi futsal yang akan datang.

Di sini, penulis ingin menyeru kepada Sdr Ayien yang selama ini bersusah payah berpenat lelah menguruskan sesi futsal walaupun ada ketikanya kedatangan amat mengecewakan akibat tindakan segelintir pemain yang lebih mengutamakan balik ke rumah mertua daripada menjaga kesihatan, agar dapat menganjurkan semula sesi futsal yang begitu lama tertangguh. Sekiranya makin dihimpit dek kesibukan kerja dan komitmen keluarga, penulis yakin ramai di kalangan rakan-rakan yang sanggup membantu. Usahlah ditanggung beban itu berseorangan. Di kesempatan ini, penulis juga ingin merakamkan terima kasih atas usaha sdr ayien selama ini. Jika ada rakan-rakan yang berkelapangan hulurkanlah bantuan kepada sdr ayien.

Sesungguhnya badan yang sihat adalah penjana kepada kemajuan negara.

Sekian,

laporan daripada Wartawan Lapangan.

3 comments:

Anonymous said...

blah la kau...

epit,
kau kata kau nak datang.

aku iye iye tunggu samapai syuruk kat futsal.

rupa2 kau seronok berdengkur di rumah...

Anonymous said...

aku mana ada nyaris2 belasah kau. kalau belasah nanti bahaya kerana memukul seorang pegawai tinggi awam.

yana aku tau aku belasah roti canai banjir 2 keping. teh ais 3.

R33F said...

apa nih sembang sorang2.. siri bercakap ngan jin kaa? ker ngan kak ramlah?! akakakaa