Friday, September 05, 2008

PENGUMUMAN PENTING - PESTA SAHUR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti yang tuan-tuan sedia maklum, Class of 94 telah menganjurkan Pesta Sahur Tahunan sejak beberapa tahun yang lalu. Pesta Sahur Tahunan adalah merupakan forum di mana banyak idea-idea untuk aktiviti batch dilontarkan dan dicambahkan untuk keseronokan dan pengukuhan ukhwah antara kita.

Sehubungan dengan itu, bagi meneruskan tradisi baik ini, saya dengan segala hormatnya menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke Pesta Sahur Tahunan 1429 Hijrah pada ketetapan berikut:
Tarikh: 20-21 Ramadhan 1429 bersamaan 20-21 September 2008 (Sabtu-Ahad) Jam : 11.00 malam - 4.00 pagi
Tempat : Concorde KL (tentatif)
Kos : RM42++ sekepala (tentatif)

Kehadiran adalah WAJIB. Saya akan menghantui tuan-tuan dengan panggilan telefon dan sms. Pengesahan terdahulu adalah sangat dialu- alukan.
Sekian, terima kasih.

epit

No comments: