Friday, November 14, 2008

STATUS UPDATE FUTSAL 9094

Adalah diwartakan, semalam 13/11/2008 pukul 9:25 malam, telah berlangsung satu perlawanan FUTSAL persahabatan antara 9094 GUMUK FC menentang EPF Shah Alam di HTO Subang Jaya.

Antara ahli batch kita yg telah menghadirkan diri utk perlawanan ini adalah AIWA selaku organiser, CHIBIX dan Syam. Malang sekali Khairul Fittori tidak dapat hadir disbbkan kena jaga anak (wife pegi kursus PTD 4 bulan) dan COP juga langsung tak nampak batang hidung, kalau tidak memang result semalam boleh direversekan ke pihak lawan, belum lagi dikira kalau BALAT dan FOO menghadirkan diri.

Namun begitu pujian harus diberikan kepada AIWA selaku organiser cemerlang kerana telah berjaya memulakan latihan FUTSAL batch 9094 sebagai persediaan utk menyertai MCOBA futsal challenge 2009 (mungkin kita akan jadi batch termuda dalam kategori veteran, jadi seharusnya kita target utk jadi champion kategori ni).

Akhir kata, result tu tak penting sgt utk latihan hari pertama. Prestasi semua pemain memuaskan cuma fitness level agak membimbangkan. Diharapkan e-mail ini akan membangkitkan nafsu FUTSAL rakan2 lain seperti Ezam, Ayien, CHAMP, Faz dll utk bersama2 training.

Sekian Terima Kasih.

No comments: