Thursday, November 01, 2007

Tan Sri Dr. Khairel Rafezi kini Seorang Penolong Dekan di Universiti Malaysia Perlis



TAHNIAH kepada Tan Sri Dr. Khairel Rafezi!! Kini beliau telah menjadi ilmuwan tersohor di menara gading Universiti Malaysia Perlis dan juga kini memegang jawatan penting iaitu Timbalan Dekan Akademik & Penyelidikan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan.







Beliau juga satu-satunya ahli batch '94 yang telah dianugerahkan satu darjat kebesaran yang dicipta oleh batch '94 sendiri, iaitu gelaran 'Tan Sri'. Heran juga camna beliau boleh menerima anugerah sebesar itu. Dari segi posture badan, Tan Sri memang ada gaya seorang 'Tan Sri'. hehe.

Walaubagaimanapun, Saudara Khairel Rafezi sememangnya bukan calang-calang insan yang bergelar budak koleq. Telah menjadi satu urban legend di kelas Science V dahulu dimana sebelum Tan Sri masuk koleq, diceritakan beliau adalah seorang jaguh lari wakil negeri Perak.

Namun malang tidak berbau, beliau telah mengalami kecederaan teruk di lutut ketika latihan atau kejohanan (saya kurang pasti), dan dijadikan alasan kenapa beliau tidak dapat mewakili koleq untuk sebarang kejohanan lumba lari.

Walau apapun, kami amat berbangga atas pencapaian terkini beliau dalam bidang gedung ilmu. Sekian.

4 comments:

abu_harraz said...

Tan Sri Limpa Ikan. Itulah gelaran penuh dari Form 1 lagi.
Sebab apa? aku pun tak tau..sapa tau???

cuba teka siapa saya? said...

nanti aweks yg buat ujikaji dlm gambar tu tanya tan, ooo nick enche fez, tan sri limpa ikan sebnarnya ye.

gambar tan tu nak suro wat wallpaper ke?

setingganoverfloor said...

batch kita dah ada 2 dignitaries :

1. Tan Sri Khairel Rafezi
2. Tun Fadhil Azman

Noni Kapet said...

tu laa kita tak main laa datuk, straight tan sri and tun....

korang memang x de kerja laaa..