Wednesday, October 10, 2007

UCAPAN HARI RAYA DRP HJ BOCHAP

Di hari baik bulan mulia ini, aku dan keluarga pertama-tamanya ingin memohon kemaafan kepada rakan taulan sekalian. Pohon halal termakan terminum, pohon ampunkan terkata terhina terkeji dan tercela. Maklumlah, lidah sama panjang, mulut lain-lain. Apalah erti kawan kalau tidak saling bermaafan, halal menghalalkan. Kepada sahabat yang sering menjadi sasaran umpatan (mattop, la'ba, nik van breda,gondolfi etc etc) jangan simpan di dalam peti ya. Tiada cerialah alam maya tanpa gurau senda.

Kepada mereka yang pulang ke kampung memandu laju, berhati-hati terhadap ancaman polis trafik. Periksa kenderaan anda, pastikan ia selamat untuk dipandu laju.Jangan lupa, printkan cara nak jumpstart enjin setelah anda googlekan maklumat tersebut.

Kepada mereka yang jauh nun diperantauan, aku doakan agar turut gembira menyambut aidilfitri bersama bangsa asing di bumi asing. Kitorang pun terasa beraya di bumi asing sekarang ni. Muar dah tentu dipenuhi dengan saudara seislam kita baik dari nepal, bangladesh, myanmar, indon, nigeria dan lain2. Menara klcc apatah lagi.

Moga panjang umur, kita jumpa di rumah Ezam dan TMP pada perayaan rumah terbuka hari raya batch disfungsi kita.

A.M.C.U, I.G...

No comments: